Minggu, 05 September 2010

cinta

Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu” (Imam Nawawi)

Kiranya tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku..
Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencintai Allah sebagaimana cintaku terhadapNya..
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah­..
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui KekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batasan sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…­Amiin..
awan cinta
muslimah
 Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila suatu masa dia hilang dari pandanganmu, kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar